Thursday, January 24, 2013

Program Sekolah Selamat


Jawatankuasa Sekolah Selamat  telah memberi taklimat dan mengedarkan risalah berkaitan Program Sekolah Selamat kepada para pelajar.

POLISI 1: 
KESELAMATAN PERGI DAN BALIK SEKOLAH

Pendahuluan

Pergi dan balik sekolah merupakan cara pelajar dan guru menjaga keselamatan diri semasa pergi dan balik sekolah. Kemalangan jalan raya berlaku akibat kecuaian dan kurang kesedaran para pengguna jalan raya.
Pelaksanaan polisi ini dapat mewujudkan budaya selamat semasa pergi dan balik sekolah.

Objektif

  • Mewujudkan persekitaran selamat pergi dan balik sekolah.
  • Memastikan pelajar memahami peraturan jalan raya dan tahu menjaga keselamatan diri semasa berada di jalan raya.

Tatacara Pergi Sekolah

  • Pelajar mesti tiba di sekolah sebelum jam 7.20 pagi. Pelajar yang lewat ke sekolah akan dikenakan tindakan.
  • Jika datang awal, jangan merayau di luar kawasan sekolah. Pelajar digalakkan datang berkumpulan  dan duduk di kawasan Dataran Perhimpunan atau kantin.
  • Pelajar bermotosikal hendaklah berlesen  dan meletak kenderaan di tempat yang disediakan.  Pelajar tidak dibenarkan menunggang basikal dan motosikal dalam kawasan sekolah.
  • Kenderaan pelajar wajib memenuhi spesifikasi yang ditetapkan oleh pihak berkuasa(JPJ).
  • Kenderaan ibu bapa tidak dibenarkan masuk ke kawasan parkir sekolah.
  • Semasa menyeberang jalan pastikan tiada kenderaan di kiri dan kanan jalan.
  • Bila berlaku kemalangan, lapor segera kepada guru / pentadbir.

Tatacara Balik  Sekolah

  • Pelajar hendaklah sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas.
  • Pelajar mesti terus pulang ke rumah masing-masing selepas tamat sesi persekolahan.
  • Pelajar hendaklah memaklumkan kepada pihak sekolah sebarang masalah yang dihadapi semasa perjalanan pulang dari sekolah.
  • Bagi pelajar yang membawa kenderaan sendiri mesti memastikan keselamatan diri dan kenderaan serta mematuhi peraturan lalulintas.
  • Bagi pelajar yang balik dengan bas, van dan kenderaan ibu bapa hendaklah menunggu di stesen bas yang disediakan.

POLISI KE-2:
SALAH LAKU SIFAR

Pendahuluan

Dekad ini menyaksikan perkembangan sosial para pelajar semakin meningkat sehingga membawa mereka terjerumus ke dalam masalah disiplin serta sosial yang keterlaluan. Banyak pihak termasuk sekolah memandang serius akan hal ini sehingga mewujudkan pelbagai program untuk mewujudkan salah laku sifar di
kawasan sekolah.

Objektif

  • Mewujudkan persekitaran sekolah yang bebas dari masalah disiplin pelajar.
  • Membenteras budaya sosial yang keterlaluan.
  • Membentuk suatu suasana yang bersifat harmoni, aman dan saling menghormati di kalangan warga sekolah.

Jenis Salah Laku

  • Salah laku jenayah
  • Tingkah laku lucah
  • Kekemasan diri
  • Tingkah laku tidak mementingkan masa
  • Tingkah laku kurang sopan dan biadap
  • Tingkah laku musnah
  • Tingkah laku tidak jujur/menipu
  • Ponteng

Punca Salah Laku

  • Diri sendiri
  • Persekitaran /pengaruh luar
  • Keluarga
  • Sekolah

Langkah-langkah Pencegahan

  • Nasihat/Kaunseling
  • Amaran
  • Rotan
  • Digantung persekolahan
  • Dibuang sekolah
  • Laporkan kepada polis

POLISI KE-3: 
KESELAMATAN - MEMBULI
Pendahuluan

Perbuatan membuli bermaksud percakapan atau perlakuan fizikal yang tidak disenangi atau tidak diterima. Dengan pelaksanaan polisi ini dapat mewujudkan budaya selamat semasa berada di dalam kelas dan di kawasan sekolah.

Objektif
  • Menimbulkan kesedaran pelajar dan warga sekolah agar menghindari perbuatan membuli.
  • Memberi panduan kepada mangsa dan pemangsa kejadian untuk jalan penyelesaian dan tindakan selanjutnya.
Jenis Pelakuan Membuli
  • Mengejek dan peras ugut
  • Kata-kata jenaka, simbol, kartun, lukisan, gambar tulisan dan lain-lain.
  • Mengemukakan soalan yang tidak munasabah.
  • Memaksa melakukan sesuatu kerja.
  • Memaksa kawan untuk mencuri dan melakukan perkara yang salah.
Punca-Punca Perbuatan Membuli
  • Untuk menunjukkan kuasa
  • Pengaruh rakan sebaya dan media massa
  • Memenuhi kehendak dan kepuasan diri sendiri.
  • Mengukut trend semasa
Langkah Pencegahan Membuli
  • Sentiasa berada dalam kumpulan.
  • Mempunyai kesedaran bahawa dirinya terlibat dengan kes buli atau tidak.
  • Mempelajari seni pertahanan diri untuk keselamatan.
  • Menjauhkan diri daripada bergaul dengan pelajar yang berisiko tinggi dan kawasan berisiko tinggi.
  • Memberitahu guru sekiranya pelajar menjadi mangsa.
Tindakan Susulan Pelakuan Membuli
  • Melaporkan kepada guru sekiranya anda mengalami atau melihat sebarang bentuk perbuatan membuli.
  • Mengisi borang aduan.
  • Melapor kepada HEM/guru disiplin/guru/ibu bapa.

POLISI KE-4:
KESELAMATAN SEMASA KEGIATAN KOKURIKULUM

Pendahuluan

Kebanyakan aktiviti kokurikulum tidak terlepas dari kejadian-kejadian kemalangan disebabkan oleh tahap kesihatan yang tidak seimbang serta peralatan yang digunakan.Justeru itu satu tatacara tindakan yang dapat
menjadi panduan perlu disediakan untuk menjamin keselamatan semua pihak.

Objektif

  • Memastikan aktiviti yang dijalankan dirancang dengan mengambil kira tatacara keselamatan dan mematuhi dasar Kementerian Pendidikan.
  • Memastikan pengurusan peralatan dan diri pelajar mengikut tatacara yang disediakan.

Tatacara Pelajar

Sukan dan Permainan

  • Melaporkan tahap kesihatan kepada guru.
  • Memakai pakaian dan kasut yang sesuai dengan aktiviti.
  • Jika rasa tidak selesa atau tidak mampu meneruskan aktiviti maklumkan kepada guru.
  • Tidak menggunakan peralatan yang telah rosak.
  • Melaporkan kepada guru tentang kemalangan yang berlaku.

Unit Beruniform

  • Taraf kesihatan yang sihat dan berpakaian sesuai.
  • Ketua pasukan merekodkan kedatangan ahli.
  • Jalankan aktiviti secara berkumpulan serta mematuhi arahan guru.
  • Sekiranya berlaku kemalangan laporkan kepada guru.

Kelab dan Persatuan

  • Memaklumkan sebab/alasan kepada guru jika tak dapat hadir.
  • Memakai pakaian yang telah ditetapkan dan mematuhi arahan guru sepanjang aktiviti dijalankan.
  • Sekiranya berlaku kemalangan / kecemasan hendaklah diberi rawatan segera atau laporkan kepada guru.
  • Pulang ke rumah segera setelah tamat aktiviti atau aktiviti dibatalkan

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More